Selasa, April 16, 2013

Hati Manusia Allah Yang Jaga


Assalamualaikum

Hati orang ni, kita tak boleh jangka kan.
Macam hati kita jugak, Kadang kita tahu apa kita nak, kadang kadang tak tahu.
Sampai kadang-kadang memang rasa, Allah ja yang tahu apa dalam hati kita, mahupun orang lain.

Hubungan Allah dan hubungan kita dengan manusia memang akan berkait.
Bila hubungan dengan Allah betul-betul elok dan benar, inshaAllah hubungan dengan manusia tak ada masalah. kat sini, bukan lah kata tak kan ada org tak suka kita. Takkan ada orang yg boleh sangka buruk atau buat jahat kat kita.

Tapi, ia nya hubungan / layanan kita terhadap orang : cara cakap, cara layan, mudah maafkan/minta maaf, mudah berterima kasih. segala yang ma'ruf tu la. Mungkin kita ada TER buat salah tanpa sengaja. ada hati TERsakit atas kata/kata atau perbuatan kita.

Andai tahu, ringankan ja mulut untuk mintak maaf padanya. Allah tahu hati siapa benar-benar ikhlas dan bila Allah dan kita ada hubungan yang baik, Allah akan permudahkan hubungan kita dengan sesiapa pun.

Mungkin orang yang buat salah dengan kita akan terbuka hati atau orang yang kita terbuat salah tu, kita turunkan ego utk meminta maaf.

Bagi setengah orang, mungkin niatnya baik tapi cara salah. bila cara salah. Bukan hati tak mahu terima, tapi hati kita tersilap menilai hati orang. Senang-senang berkata kasar, senang-senang berkurang ajar, senang-senang bagi layanan " eh kau tahu apa, kau buat salah, aku yg betul. jadi walau cara aku salah, tp niat aku betul, jadi kau kena terima je. There's now way la nak mintak maaf"

Tak, tak jalan macam tu.
Dosa dengan Allah, andai bertaubat, Allah ampunkan InshaaAllah. Dosa sesama manusia? Kalau betul dia terasa kat hati. Boleh kena virus hati kita juga. Mungkin dia ada buat salah tapi masa sama,Kita dah buat salah, tapi tak mahu mengaku/ tak mahu mintak maaf. Biar kita jadi orang yang minta maaf dan maafkan.

Allah kan tahu semuanya. Allah kan tahu isi hati kita. Jadi takkan pernah rugi untuk berhati-hati. Kita hidup bermasyarakat. kalau susah nak tolerate dan respect. Susahlah jugak dapat kat kita. Kalau Allah nak bagi cash, senang ja nak bagi orang buat balik kat kita.

Tapi itu pun kira ok. kalau kena kat akhirat? NAUZUBILLAH.
Mintak pada Tuhan. Jaga lah hati aku, hati dia, hati semua. InshaaAllah DIA pemudahkan segala urusan atau niat kita pada seseorang.

Orang boleh kata, boleh caci, boleh suka-suka ja sebar fitnah melulu macam habis tahu segalanya. macam memang sedara dah. tahu setiap perkara yang berlaku dan apa yang difikarkan. Tapi tulah, hati orang. Mak pesan, "Allah yang pegang, Allah yang jaga."

Jadi perlindungan tu mintak kat siapa? Yes DIA. Ada satu masa , bila orang yg kita berbuat baik tu tak buat benda yang sama, kita rasa mcm " Eh serious malas nak jadi baik dah dekat dia, sumpah malas. sakit hati."

Tapi bila fikir balik, kalau dia beri tahi pada kita , dan kita beri balik. kita lagi takde akal. Padahal, segala yang baik tu Allah tahu. Bukan dia, Allah akan bagi balik. Kalau tak dunia , kat akhirat. mungkin dua dua. mungkin bukan orang tu tapi Tuhan bg org lain yg kita tak pernah sangka yang akan buat baik sangat pada kita. Rezeki. Kita bukan tahu dari ceruk mana nak mai. Kan?

Berterima kasih. kadang kadang bukan tentang berkira. tapi setiap manusia, suka bila dihargai. rasa jadi manusia berguna atas muka bumi. magik. besar mana pun seseorang tu buat , bila dapat ayat ringkas ja, "terima kasih." cukup. cukup rasa dihargai dan lagi rasa tergerak hati tu untuk buat sesuatu. ikhlas tu makin rasa kuat. lagi rasa senang hati.

Macam setiap inci setiap perkara walau kecil mana pun Allah bagi, bila kita tgk setiap bucu hidup kita, bila bersyukur. Allah bagi lebih. Kan?

syukur,bukan hanya kata kata tapi minta tuhan. dalam doa. " jaga hati aku. jaga akhlak aku. andai diberi kelebihan walaupun satu, izinkan hati aku bergantung hanya pada yang SATU. jadi khalifah yang berguna." solat tiang. mungkin kat dunia, ada org ada segalanya. diorang kata chill. tapi bila tetiba rasa tak tenang terus kata hidup ni tak adil. semua benda ntah apa apa. terus salahkan takdir. terus rasa nak mati. padahal. waktu Tuhan bagi segala yang hang minta, ada sujud dan hargai pemberian DIA?

"Allah ja tahu siapa yang benar-benar MENCARI hidayah." manusia lain nampak orang tu sedang cari hidayah. Tapi sebenarnya Allah ja yang tahu.

lagi sekali.
kira pemberian bukan ujian. orang ada macam macam. orang bukan sempurna. orang kadang kadang lupa. dan orang tu kita pun sendiri. Takboleh nak expect semua yang kita sangka orang akan buat. macam kita pun, bukan kita buat selaga yang org expect kan. jadi, bagi yang terbaik. seboleh bolehnya jangan cari pasal dengan orang kalau " pasal" tu kita tak suka org buat kat kita.

nak menangis ka apa. menangis ja sebab kadang kadang menangis bukan sebab lembik, tak kuat. tapi sebab kuat tu la kita menangis dan adu pada tuhan instead of meroyan and sebar pada semua orang. masalah kita pun sebenarnya, bukan semua orang faham. tup tup disalah ertikan pulak. Biar org nak assume apa dari terbuka aib diri sendiri & orang lain. At the end, truth will reveal. Allah janji,

ingat ni ja apa-apa yang Allah bagi baik buruk kalau kena cara kita tangani Allah upgrade Iman kita. susah. tahu. but well, tak susah tak bernilai. ya dak?

" How wonderful is the case of the believer ( orang2 yang beriman). There is good for them in everything and this applies only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversityn(bad thing) befalss him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him." - Riwayat Muslim.

sebak sedih aku memang orang biasa yang ada masa lampau, ada salah silap tersilap, yang aku rasa macam aku memang harap aku tak pernah buat this and that. Tapi kalau takda lampau, takdaklah sekarang dan akan datang. Bila tgk kelebihan orang lain, ingat. kita pun ada. bila tengok kesusahan kita ingat orang lain ada lebih teruk.

Kadang-kadang bila kita minta sesuatu untuk dimiliki pada Tuhan dan diberi hint itu bukan terbaik untuk kita, mungkin dah tiba masa minta miliki hati yang Redha & minta hanya yang terbaik dariNYA.

p/s: Bila aku luahkan masalah-masalah aku pada kawan-kawan, inilah jawapan dari kawan-kawan aku, berserah padaNYA, hati dia Allah yang pegang. ini satu peringatan untuk diri sendiri aku juga. aku manusia biasa. tak alim tak sempurna. Aku akan cuba berubah jadi lebih baik dari sebelum-sebelum ini <3 br="">

Inilah tempat terakhir pertemuan aku dan dia sebelum dia kembali ke mesir.
Tempat : Tesco Stargate
Tarikh : 03/11/2012



0 comments:

FOLLOWER