Selasa, Mac 12, 2013

Cara Membuat Puding Rumpai Laut (Kolagen)


Assalamualaikum.

Alhamdulillah bersyukur Allah masih beri peluang bernyawa di atas muka bumi ini.
Dan selamat pergi Sabah & selamat pulang semula ke kedah.
5 hari aku berada di sabah macam-macam kenangan ada di sana..
(ops! lari tajuk pula.. Cerita aku di sabah tunggu entry yang seterusnya.)

Hari ini aku nak kongsi satu resepi Cara buat Puding Rumpai laut,
Memandangkan aku pon baru balik dari sabah & baru juga belajar dari orang sabah.

Rumpai Laut GRED AAA

Rumpai Laut ini sesuai untuk kecantikan & kesihatan tubuh badan juga. Kiranya kualiti paling OK. Memandangkan aku kebetulan pergi sabah, aku pon beli la banyak-banyak untuk jual. Aku jual murah-murah ja sebab aku sendiri beli dari sana.

Okay berbalik semula kepada tajuk cara nak membuat puding. Nak buat puding ini tidakla payah, cumanya perlu keRAJINan ja. Kalau keMALASan apa pun tidak jadi.. Sekarang mari kita mula..
yang pertama, kena cuci rumpai laut tu terlebih dahulu. berapa kali cuci? cuci sampai yakin ianya bersih. kalau air dah agak jernih, kira bersih dah. tapi jangan sampai banyak kali, nanti hilang pulak khasiatnya. yang penting nak buang kesan garam laut yang melekat kat rumpai laut. maklumlah, sumber pun dari laut. nak cuci lebih kurang macam cuci beras, ramas2 dengan jari :D hehehe...

STEP 1 : Kena cuci Rumpai Laut itu terlebih dahulu. Berapa kali cuci? Cuci la sampai yakin ianya bersih. Kalau air dah agak jernih, kira bersih dah. Tapi jangan sampai banyak kali sangat, nanti hilang pula khasiatnya. Yang penting buang kesan garam laut yang melekat kat rumpai laut. Maklum la rumpai itu dari laut kena la cuci lebih kurang macam cuci beras ramas-ramas dengan jari bagi keluar garam-garam.

STEP 2 : Apabila dah bersih, Rumpai laut kena rendam semalaman. biar lembut sikit rumpat laut. yang penting lepas rendam akan kembang semangkuk.
Rumpai Laut makin mengembang. 

STEP 3 : bila dah kembang semangkuk, bolehlah dimasak (rebus). sebelum itu, toskan rendaman rumpai laut tadi. air yang telah ditoskan jangan dibuang begitu saja. yang agak² belendir boleh disapu terus ke kulit muka. dan biarkan sampai kering. macam pakai mask.

STEP 4 : Masukkan sejumlah air dalam kuantiti yang boleh dikatakan agak sebati dengan jumlah rumpai laut yang direndam tadi. yang penting hasilnya tidak terlalu pejal dan tidak terlalu cair. siapa yang ada pengalaman buat puding atau agar-agar, mesti tahu macam mana sukatannya. masuk air sikit² pun OK. bila rasa agak pejal, tak perlu tambah air lagi. 

STEP 5 : Rebus rumpai laut dalam air dengan kepanasan yang sederhana. jangan kuat sangat api. perlahan pun ok. lebih kurang dalam sejam juga kalau api sederhana panas. sepanjang proses rebusan, kacau rumpai laut sampai cair dan sebati dengan air. memandangkan proses mengacau rumpai laut berterusan, kena pakai glove :p tak tahan panas woooo.... 

STEP 6 : Sambil mengacau, sekali sekala tengok juga dah cair ke belum rumpai laut tadi tu.

STEP 7 : Bila dah hampir pekat, sila tutup api. nanti kering pula. pastikan jangan tutup habis selepas rebus. bimbang akan melimpah keluar macam gambar di atas. tak pasal² tinggal separuh.

STEP 8 : Tutuplah dengan benda yang ada lubang udara. Kalau tak nak tutup pun OK. tapi untuk elakkan benda² yang tak sepatutnya masuk ke dalam. biarkan ianya sejuk sebelum disimpan di dalam peti sejuk. jangan simpan bahagian atas (sejuk beku). 

STEP 9 : Bila dah sejuk, simpan cecair rumpai laut tadi ke dalam satu bekas dan tutup. contohnya, aku menggunakan bekas aiskrim. bila nampak aiskrim semangant sikit nak makan walaupun di dalamnya adalah puding rumpai laut. anggap saja motivasi diri. hehehe..

STEP 10 : Berapa lama nak simpan dalam peti sejuk? ikut suka hati asalkan hasilnya seperti gambar di atas. PUDING RUMPAI LAUT! enak dimakan begitu saja :p ada bran ke? hehehe... sukatan untuk makan tak perlu banyak pun tak mengapa. sekurang²nya satu sudu besar. nak lebih pun OK kalau tahan :p kalau tak tahan, standby air manis untuk cover balik rasa rumpai laut. bukan semua orang suka rasa & bau rumpai laut nie. ada yang menggunakan air asam jawa dan juga daun pandan ketika membersihkan rumpai laut untuk menghilangkan bau. tapi aku lebih suka yang asli, tanpa apa-apa campuran.

Selain di jadikan sebagai makanan tambahan, puding ini juga boleh dibuat masker. caranya, ambil sudu kecil puding rumpai laut dan lumatkan atas tapak tangan. kemudian sapukan pada kulit muka dan juga leher. nak sapu satu badan pun OK kalau sanggup. nak lebih berkesan, wapkan dulu muka bagi terbuka sikit liang roma (pori) supaya memudahkan lagi kolagen meresap ke dalam kulit muka. Biarkan sampai kering kemudian bilas. Kalau nak cuci muka dengan pembersih, pastikan dilakukan sebelum sapu masker tadi. cara pengambilan: makan sekurang2nya dua kali sehari iaitu awal pagi (sebelum gosok gigi) dan sebelum tidur (sebelum gosok gigi). kenapa sebelum gosok gigi? sebab tak mulut berbau rumpai laut ;) untuk masker, terpulang pada diri sendiri nak pakai bila.


Untuk kuantiti 100gram rumpai laut kering, boleh bertahan sekurang²nya sebulan untuk seorang penggunaan. berapa banyak 100 gram? boleh tengok gambar di atas. bila dah kembang lepas rendam, ia akan menjadi banyak. 
Berminat nak beli & cuba ? Harga Rumpai Laut GRED AAA (Ungu) 100gram hanya RM10 sahaja (Tidak Termasuk Pos). Sukatan yang digunakan untuk masak diatas adalah 50gram. so, boleh dapat 1 bekas aiskrim. kalau nak masak 100 gram, perlukan bekas yang besar sikit dan hasilnya 2 bekas ais krim. Jika ada makcik, pakcik, kakak, adik yang berminat nak beli boleh la berhubung dengan saya di Facebook saya Ana NabillaNabella @ Whatsapp saya terus 0135018706.





0 comments:

FOLLOWER